Friday 1 July 2011

Bila Saya Fikir Tentang Awak

Posted by Afni Amzah at Friday, July 01, 2011

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa saya kembali ke zaman kanak-kanak
Buat saya teringat kain biru dan zaman kanak-kanak
waktu membesar dan semua orang pun gatal-gatal

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa seperti hujan rintik-rintik jatuh pada wajah saya
Seperti air mata yang tak terseka
Saat awak tiada, saya juga tiada
Tak tahu kita dimana
Tapi yang pasti awak tak pernah hilang dihati saya

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa besarnya limpahan rahmat dari Dia
Buat saya percaya takdir itu tetap disitu
Takkan kemana
Mengajar saya erti redha dan menerima
Hidup ini memang susah untuk dijangka
Perlu sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan yang ada

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa mahu bermain dengan masa
Undur dan kadang-kadang berhenti
Supaya saya boleh ulang berkali-kali

Tapi..
Kadang-kadang...
Bila saya fikir tentang awak
Saya takut untuk berangan jauh lagi
Bimbang si dia seperti awak
Hanya ada sekejap untuk saya
Bukan untuk selamanya
Tapi saya percaya bila si dia kata
"Saya akan cuba yang terbaik untuk kita"
Jadi saya tutup mata dan berdoa
"Tuhan, kurniakan lah awak bahagia dan kurniakan lah dia untuk saya"

0 comments:

Post a Comment

 

Looking For The Sunshine Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei