Sunday 25 September 2011

Aku rindu SAHABAT

Posted by Afni Amzah at Sunday, September 25, 2011 0 comments

Aku termenung sendiri memikirkan sahabat
Ya! Aku rindu sahabat

Sahabat
Kalo tidak bertekak, memekik dan melaser hari ini pasti aku bosan dan mati esoknya
Tapi jangan risau
Walaupun aku mati, jantung aku masih berdegup kencang kerna aku telah terkena sumpahan dari sahabat
Aku harap mereka sanggup mengheret jantung ini kemana sahaja dan buat aku senyum sampai bila-bila

Sahabat
Peluk aku sampai aku lemas
Cubit aku sampai aku menangis
Jerit aku sampai aku pekak
Tumbuk aku sampai aku senak
Tarik rambut aku sampai aku botak
Tapi
Jangan pernah lupa untuk pinjamkan aku bahu berjam-jam lamanya saat aku berduka

Sahabat
Tolong jangan takut untuk berjalan di atas duri
Teruskan berjalan dan jangan putus asa
Didepan sana ada sesuatu yang istimewa menanti
Ayuh kita mulakan hidup yang ceria hari ini
Mungkin esok kita sudah tiada lagi

Sahabat
Aku sayang kamu



Thursday 11 August 2011

Perempuan cakap tak serupa bikin

Posted by Afni Amzah at Thursday, August 11, 2011 0 comments

Hai girlfriends and boyfriends..

Selalunya kita akan dengar lelaki cakap tak serupa bikin. Tapi melalui pengalaman aku selama 24 tahun jadi perempuan, aku rasa perempuan juga cakap tak serupa bikin in certain condition. Aku bukan nak troll girl tapi aku rasa ini adalah kenyataan. Aku rasa pun selalu buat kot. Hahaha


1. I dah bosan lah dengan perangai u yang macam %&%#^#!@ tu. Kita putus!!

Biasanya lelaki akan fikir awek dia betul-betul nak putus. Tapi sebenarnya bukan. Kitaorang saje je kasi gempak. Biasanya kaum perempuan ni tuturkan kata-kata putus time hati tengah panas and time jiwa kacau je. Korang jangan terkejut kalau esok, awek korang call or sms seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Haha. Time dia buat baik korang jangan gatal mulut pergi ungkit pulak bab-bab putus. Mahu jadi perang dunia ke-3 pulak.

2. I nak window shopping je. I taknak beli pape dah.

Wahai kaum lelaki sekalian. Sila lah korang jangan percaya dengan janji-janji manis awek korang. Otak perempuan akan jadi ligat dan cergas kalau ada di mall. Lebih-lebih lagi kalau time sales. Tak kira lah semalam dia dah beli baju seguni pun. Macam mana korang halang pun pasti tak akan berhasil. Sooner or later mereka akan dapatkan jugak apa yang diaorang dah aim.

3. I nak out dah. Good Night.

5 minit berlalu korang mesti tengok awek korang masih ada dalam chat room facebook korang. Bukan idle yer.. Tapi masih hijau. Sebenarnya diaorang tengah tunggu korang wish good night. Yer lah, karang tak boleh tidur pulak tak dengar good night wish dari korang.

4. I tengah diet ni. Taknak makan nasi seminggu. Nak makan sayur je.

Hahaha. Yang ni memang lawak. Esoknya korang akan tengok awek korang melantak nasi penuh pinggan dengan lauk ayam masak pedas tambah telur mata siap, tambah teh o ais gelas besar lagi. Katanya nak diet kan? Makan sayur je kan?? Hahaha

5. Tak payah jumpa lah esok. I bz! (Time gaduh)

Keesokkan harinya, " U dah janji nak keluar dengan i kan. Yang u lepak dengan kawan-kawan u tu kenapa? Janji macam tahik! " Kan aku dah cakap otak perempuan tak boleh nak berfikir time tengah marah. Haha.. Ini lah yang aku selalu buat kat Mr BF.


See! Perempuan memang cakap tak serupa bikin kan?

Wednesday 10 August 2011

Barangan Couple

Posted by Afni Amzah at Wednesday, August 10, 2011 0 comments
Hello rakan-rakan artis sekalian..

Sebelum tu aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Aku bet lah korang mesti lemau je kan. Macam biskut kering lupa letak dalam tin.. Hehe

OK. Entry kali ini aku kat cerita pasal euw euw. Pasal barangan couple. Kedengaran macam mengelikan kan? But, it's so sweet! Jangan kata korang tak jiwang. Meh sini aku kasi penampar sulung. Kata berkasih sayang, mesti lar ada euw euw skit. Kalau jijik nak jiwang baik tak payah couple. Tu, pergi couple ngan beruk. Gasak kau.


Sweet kan couple shirt! :)


1. T-shirt couple or baju sama

Cuba korang bayangkan korang pergi mall and pakai T-shirt couple. Perghh! Mesti ramai mata yang melilau tengok korang kan. Yes, aku tak nafikan akan ramai yang kata " Cis, ko ingat ko sorang bercinta?" Eleh, korang jangan ambil hati. Itu ayat orang jeles tu. Tapi korang kena ingat, ramai juga yang berkata " Wow, sweetnya diaorang pakai couple shirt.." Fewiitt! Pergi la grab couple shirt cepat-cepat. Kalau bajet kurang beli je shirt Welcome to Terengganu. Hehe..Kalau korang banyak duit takde hal punyer! Mana-mana pun boleh dapat.

2. Jam Tangan

Kalau ada duit lebih apa kata korang beli sepasang jam tangan yang sama. Tak silap aku, Swatch selalu menampilkan jam tangan yang sweet-sweet. Sesuai lar dengan korang yang euw euw. Kalau korang bukan jenis yang gedik melampau, korang cari yang Fossil pun cun jugak. Bila korang pakai jam tangan yang sama, setiap kali melihat jam diwaktu keseorangan. Mesti korang akan teringatkan si dia. Apa lagi, gatal je tangan ambik hp and sms si dia.

3. Sneakers

OK yang ni memang agak jarang kita jumpa. Kalau ada mesti diaorang ni loving habis! Maklumlah, kasut ni melambangkan identiti masing-masing. Dan jarang sangat-sangat kita tengok perempuan pakai sneakers lelaki. Betul tak? Lelaki lagi lah tak teringin nak pakai sneakers perempuan. Kalau korang berminat, apa kata korang pergi butik converse or Everlast. Yes, kat sana banyak sneakers untuk unisex. Korang try lar cari jenis yang sama. Bayangkan bila korang pakai kasut yang sama sambil berjalan seiringan. Wah! Seiring dan sejalan gitu.

4. Keychain or anything souvenir yang boleh digantung pada beg dan hp

Korang mesti pernah jumpe keychain yang berbentuk hati and boleh dipecah dua tu kan. Jangan nak menipu kalau cakap tak pernah jumpa. Kat uptown belambak kot. Kalau nak nampak comel, korang beli kartun yang cute. Angry bird keychain pun cute jugak. Pastu gantung kat kunci kereta. Aku rasa yang ni paling ramai orang buat kot.

Apa lagi, pergi lah cari sekarang. Sekali-sekali beli hadiah yang sweet untuk gf and bf apa salahnya. Ini tidak, kedekut tahik hidung masin sebab tu lah korang tak bahagia. :)




Wednesday 27 July 2011

Adakah korang berpotensi menjadi Pembunuh Bersiri?

Posted by Afni Amzah at Wednesday, July 27, 2011 0 comments

Assalamualaikum psycho girl.

Dah penat duk golek-golek atas katil dan mata aku masih degil tak mahu nak lelap. Aku terus capai lappy dan start merayau dalam laman siber ni. Firstly aku start buka youtube tengok MV terbaru kekasih hati, Kim Hyun Joong, Break Down. Owh.. Dah makin handsome rupanya dia (takde pulak nak comment lagu dia kan?). Haha! Disebabkan internet rumah aku ni dah macam siput, MV kekasih hati asyik loading je, so aku ambil keputusan untuk merayau kat google pulak. Aku terjumpa tentang manusia yang mengalami psychopath.

Psychopath adalah sejenis mental problem yang amat susah dikesan kerana mereka bagaikan syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka bermuka baik dan mereka biasanya memiliki otak yang sangat bijak. Most of the psychopath ini mempunyai masalah diri samaada masalah keluarga atau mengalami tekanan hidup sejak kecil. Biasanya mereka yang mengalami masalah mental ini, dari kecil lagi suka dan merasa seronok menyeksa binatang. Lama kelamaan mereka beralih kepada benda yang lebih mencabar iaitu menyeksa dan membunuh manusia.

Cuba korang lihat sekeliling korang, korang ada tak kawan yang muka innocent gila, pendiam dan tak kisah langsung kalau ada orang nak kata tentang dia. Kalau ada, lebih baik korang berhati-hati kerana dia mungkin serial killer!

Ini adalah ciri-ciri mereka yang mengidap psychopath yang berpotensi untuk menjadi pembunuh bersiri:
  1. Hidup ceria tetapi anti sosial
  2. Suka menipu dan memanipulasi
  3. Mempunyai otak yang amat bijak
  4. Tiada ada perasaan bersalah
  5. Tiada ada perasaan kasihan
  6. Merasa puas selepas membunuh dan menyeksa binatang
  7. Sukakan kuasa (Ala-ala gila kuasa)
  8. Sanggup buat apa saja termasuk membunuh untuk dapat apa yang dihajati
Aku juga ada terjumpa empat soalan ini untuk menentukan adakah korang berpotensi menjadi pembunuh bersiri. Kalau korang jawab semua soalan ini dengan betul, korang mungkin serial killer yang dikehendaki polis! Jawapan untuk semua soalan ini aku letak kat bawah sekali. OK, Lets begin!

Soalan 1

Seorang perempuan sedang menghadiri majlis pengkebumian kakak sulungnya. Dimajlis itu, hanya ada saudara mara terdekat yang hadir. Dan ketika itu, that girl ternampak seorang lelaki. Lelaki itu dah lar hensem, kaya pulak tu. So, that girl jatuh cinta kat lelaki tu tangkap leleh punya cinta. Tetapi that girl agak pemalu, so, dia tak mampu untuk bercakap, bertanyakan nama dan meminta nombor kat lelaki tu. Kemudian, keesokannya, that girl membunuh adik perempuannya. Kenapa dia membunuh adik perempuannya?

Soalan 2
Anda sedang berdiri di balkoni luar apartment anda. Anda pandang ke bawah, anda ternampak seorang lelaki senang membunuh dan mengerat-ngerat badan seorang perempuan. Then lelaki yang membunuh itu pandang keatas dan ternampak anda. Dia perasan yang anda adalah saksi pembunuhan tersebut. Then lelaki itu membuat gerakan/isyarat tangan. Apakah pergerakan tangan yang dia buat?

Soalan 3

Anda diberi satu pisau tajam. Anda perlu membunuh seorang lelaki ini. Lelaki ni berada di dalam tandas yang tertutup dan jauh dari penempatan orang lain. What would you do?

Soalan 4

Korang terjumpa seekor anak kucing yang baru lahir. Comel gila anak kucing ni. Disebabkan korang rasa ianya terlampau comel, korang rasa geram sangat-sangat. So, korang membunuh kucing tu. Bagai mana cara korang bunuh kucing tu?



***************************************************************************************************************************************
Jawapan 1

Dia membunuh adiknya kerana sebelum ini dia ternampak lelaki hensem tu di perkebumian kakaknya dan yang hadir adalah saudara mara yang terdekat. So, dia bunuh adiknya adalah semata-mata berharap lelaki hensem tu akan datang di perkebumian adiknya pula.

Jawapan 2

Lelaki itu sedang memandang anda sambil tangannya mengira tingkat rumah anda.

Jawapan 3

Tunggu orang itu diluar, dan kemudian tikam dari depan.

Jawapan 4

Membunuh dengan cara paling susah dan paling lama untuk dia mati.



Amacam? Betul tak jawapan korang? Kalau semua betul sila-sila lar jauhkan diri dari aku yer. Ishh...Ngeri lar korang ni!





Sunday 24 July 2011

Kalau lah boleh kembali ke zaman silam

Posted by Afni Amzah at Sunday, July 24, 2011 0 comments

Assalamualaikum ladies!

Bila duduk sendiri, aku mula terfikir tentang masa depan. Masa depan yang masih kabur yang belum tahu arah tuju. Malam-malam menulis sambil mengadap tingkap dan menghidu bau hujan. Rasa sangat tenang. Aku suka bau hujan. Wangi! Bila sendiri dan sejuk-sejuk macam ni, aku teringat soalan kakak aku dua tiga hari lepas.

"Kaksu, Kalau lah berpeluang untuk balik ke zaman lampau, zaman mana yang kau akan pilih?"

Mungkin ramai yang akan jawab, mereka nak kembali ke zaman kanak-kanak. Zaman yang paling seronok. Hidup tanpa memikirkan apa-apa. Hidup tanpa masalah. Tapi bagi aku, aku nak kembali ke zaman SPM. Masa umur aku 17 tahun. Sebab zaman tu lar penentu hala tuju hidup aku.

Aku nak kembali ke zaman SPM sebab aku nak ubah banyak benda. Aku nak study betul-betul supaya result SPM aku gempak. Aku nak ambil bidang perakaunan. Aku tak nak masuk UiTM. Aku tak nak ambil Diploma in Office Management & Technology. Otak aku bukan untuk menghafal 1 buku teks. Otak aku lebih kepada mengira. Aku tak nak sambung Degree in Event Management. Aku tak boleh handle stress. Aku tak nak itu. Aku tak nak ini. Aku nak lari dari buat semua 'kesilapan' lampau.

Tiba-tiba aku terfikir, betul ke semua ini kesilapan?

Kalau dulu aku tak masuk UiTM ambil Diploma in Office Management & Technology, aku mungkin takkan kenal kawan-kawan susah senang aku. Si minah kepoh tu semua. Aku juga takkan tahu erti berdikari and the most important thing, aku takkan fall in love dengan mamat poyo aka bf aku. That boy teaches me alot. And then, kalau aku tak masuk UiTM, aku mungkin takkan banyak belajar tentang hidup, tak akan tahu manusia ini ada macam-macam perangai dan ragam. Aku juga takkan jumpa orang yang tikam belakang dan orang yang budget alim.

Dan kalau lar dulu aku tak sambung Degree in Event Management, aku tak akan tahu bidang event ini sangat menarik. Walaupun proses pembelajaran amat memenatkan, aku sangat teruja dan happy. Aku juga mungkin takkan kenal Sutera Organizer. Team member yang sangat supportive. Ini adalah seribu satu pengalaman yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Owh. Aku rindukan mereka!

Life is sucks sebab kita akan buat kesilapan all the time. Everybody wants life to run smoothly, but the mistakes that makes life interesting. Buat masa sekarang aku tak nak kembali ke zaman lampau. Aku tak nak turn back time sebab aku tahu aku sudah cukup bahagia sekarang.

Adakah hidup korang sangat teruk sampai korang nak balik ke zaman silam?





Keep telling yourself that the God is damn nice and one day, He gonna put you on the top of everything!





Friday 15 July 2011

Aku pantang betul lelaki yang....

Posted by Afni Amzah at Friday, July 15, 2011 3 comments

Hai cute girls and poyo boys sekalian.

Ini entry segera. So aku takde nak cakap berbunga-bunga sangat memandangkan aku agak bz and dah agak lama aku tak post pape kat blog ini. OK, hari ini jom kita spot lelaki-lelaki poyo yang berlagak handsome kat Malaysia ni. Apa yang korang fikir or pandang tentang luaran seseorang lelaki. OK, aku memang memandang luaran.. :)
Back to reality, ada ramai yang cakap don't judge a book by it's cover. But, korang nak ke wei kasi ni phone kat lelaki yang muka pecah rumah. Gila apa?

First sekali aku cukup pantang dengan lelaki yang berlagak macho dalam shopping mall pun nak pakai sunglasses. Perghh! Menyirap betul aku tengok. Nak je aku pergi patah-patahkan sunglass dia tu. Aku tahu lar ko pakai rayban. Tapi agak-agak lar bai. Kalo korang duk bersidai kat bawah cahaya matahari tak per lar lagi. Tapi ni dalam mall kot. Takde rasa macam gelap ke? or korang tak rasa macam semak ke muka korang? LOL.

Next, aku sangat tak faham lelaki yang duk asyik pakai kemeja. 24 jam pakai kemeja. Korang ingat korang handsome sangat ke. Tak payah lar selalu sangat pakai sampai nak pergi tengok bola pun siap berkemeja. Lengan panjang lagi. LOL. Aku suka lelaki yang pakai kemeja tapi biar kena tempat dan situasi. You all pakai shirt and short pun aku rasa handsome kot.

Satu lagi lelaki yang budget macho yang aku paling meluat adalah lelaki yang suka angkat kolar baju and pakai rantai yang entah pape. Damn, Damn, Damn! Aku nak pijak muka ko boleh? Macam good good je. Korang dengan 3 line, dengan 77, dah boleh blah. Kalau bf aku pakai macam tu jangan berangan nak jalan ngan aku. Aku lempang kang.

Seterusnya lelaki yang aku agak pantang adalah lelaki yang pakai skinny jeans, pakai baju ala-ala Topman and gantung dslr. Dslr tu kan ada beg, letak dalam beg lar bang. Yang korang nak tayang kat semua orang tu pasal apa? Budget artistik snap gambar. Padahal ambik course Perakaunan je pun. Serius aku sangat anti dengan lelaki macam ni..

Last but not least aku tak boleh blah dengan lelaki yang dress up mat rempit. Rambut ada ekor, pakai rantai n gelang tebal-tebal. Ayoo! Apa dah jadi ngan korang? Pastu nak flirt dengan awek comel. Korang ingat kitaorang ni akan terpikat? Simpan je lar mitos Adnan Sempit korang tu ketat-ketat. Semua tu takkan jadi realiti bro. Mungkin adalah awek comel yang syok kat korang tapi nisbahnya 1:1000.

Korang tak payah nak bergaya lebih-lebih sangat. Asalkan korang confident pun dah cukup. Tapi kalau poket korang tebal itu adalah satu bonus. :)



Kim Hyun Joong adalah terkecuali kalau dia buat semua diatas. :)

Thursday 14 July 2011

Bersih adalah Jihad

Posted by Afni Amzah at Thursday, July 14, 2011 2 comments

Hello pembersih semua..

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa perhimpunan bersih dah berlangsung dengan jaya dan amannya. Dalam entry ini aku bukan nak bercerita tentang politik Malaysia. Aku juga bukan nak cakap bagi pihak merah atau kuning. Aku cuma terfikir apa objektif sebenar perhimpunan bersih ni? Betul ke untuk mencari keadilan dalam pilihanraya akan datang? Dan apa sebab nya pula patriot (Red) buat perarakan?

Betul ke pergi ke perhimpunan bersih macam kita pergi berjihad. Ada yang cakap rakyat Malaysia yang sertai perhimpunan bersih umpama jihad Fisabilillah. Really? Siapa korang nak keluarkan fatwa macam ni. Yes, entry ni aku nak komen pasal Perhimpuan Bersih umpama JIHAD.

Aku ada terbaca, bersih (Kuning) ni bukan berunsurkan politik. Begitu juga dengan patriot (Red). Ianya hanya perhimpunan umum biasa. WTH! Korang ingat aku percaya. Don't say ini semua untuk rakyat lar. Everyone know, you all bercerita pasal politik all the time. They say something like "Celaka BN", "Celaka PAS", "Celaka PKR". Dan ini yang kamu cakap bukan berunsurkan politik? WTF. Ini adalah yang dipanggil jihad?

Kalau lah korang perasan, majoriti yang pergi ke perhimpunan bersih ini adalah orang melayu yang beragama islam. Melayu VS Melayu, Islam VS Islam adalah JIHAD. Betul ke macam ni? Kenapa kita perlu bermusuh sesama kita atas nama jihad? Aku rasa ini sangat lar bodoh.

Betul ke korang fikir perhimpunan ini adalah untuk jihad? Seriously korang rasa perhimpuan ini adalah untuk menegakkan Islam? Kalau betul lar perhimpunan ini untuk menegakkan Islam dan kalau betul lar geng-geng PKR nak wujudkan negara Islam yang sebenar dah lama dah PKR dan PAS bergabung. Dah ramai geng-geng PKR yang masuk Islam sebab tertarik dengan keindahan Islam. But no, they don't! No way diaorang akan wujudkan negara Islam kalau diaorang sesama Islam tak boleh nak bersatu. Kenapa untuk perhimpuan ni PKR dan PAS boleh sama-sama bergabung dan bukan pergabungan parti? PKR dan PAS, please berdiri diatas kaki sendiri dan bukan bergantung pada non muslim. Dan tahukah kamu siapa non muslim yang aku maksudkan?? Yes! Ambiga. Korang tahu siapa Ambiga? Aku rasa maybe semua orang dah lupa siapa dia. Meh sini aku ingatkan balik.

Alkisahnya, ada seorang perempuan islam yang mahu keluar dari islam. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran hal ini, kecoh lar seluruh Malaysia dengan suara ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan jemaah islam yang lain. Pada masa itu, ada seorang peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan islam pada Mykadnya. Oleh kerana itu, terdapat suara-suara mujahidin dalam ahli PAS, UMNO dan jemaah islam yang lain melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu. Korang kenal siapa lawyer yang lantang bersuara itu? Dia adalah Ambiga Sreenevasa. Ketua gabugan pilihanraya Adil dan Bersih. (Bersih 2.0). Dan pada hari ini, dalam TV kelihatan Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, A.Samad Said dan beribu-ribu pemuda PAS dan PKR yang berjalan di belakang bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang diketuai oleh Ambiga ini. Jadi ini ke ketua bagi jihad orang Islam? WTF!

Red or Yellow, i don't care. As long as aku boleh hidup dengan aman. Jangan gunakan perkataaan jihad kalau itu hanya untuk parti dan menentang sesama sendiri. It's annoying. Yes, kita punya hak untuk bersuara. Menulis dan menghantar memorandum, ya itu hak bersuara. Tapi berhimpun? I don't think so.

Aku memang tak support langsung perhimpunan macam ni. Bagi aku mereka hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik semata-mata. Perhimpunan ni hanya buang masa. Berlangsung atau tidak berhimpunan ni, memorandom dah pun dihantar dan TV3 tetap tidak akan siarkan berita yang telus. Tiada apa yang berubah and people, please be thankful for what you have and stop being demanding this, demanding that. Stop being bullshit, stop being toyed, stop being played and stop being manipulated. Start use your brain guys!







Tuesday 5 July 2011

K-Pop Malaysia

Posted by Afni Amzah at Tuesday, July 05, 2011 0 comments

Asslamualaikum semua..

Tadi time aku pusing-pusing kat dalam dunia internet, aku ada terjumpe band K-Pop pertama Malaysia yang lebih dikenali dengan nama 24.7 dan sekarang dah bertukar kepada Max 247.

Disebabkan ramai gadis-gadis cantik kat Malaysia ni menggilai kumpulan K-Pop maka wujud lah kumpulan mereka ni. Agak-agak lah nk tiru K-Pop pun, kalau dah muka jawa nak jadi muka orang korea payah lar woi! Aku rasa kalau SS501 kesayangan aku tengok mahu menangis kot. Buruk doe! Haish! Nak je aku lempang budak-budak ni. Memalukan rakyat Malaysia betul. Korang ni dah bukan K-Pop, korang ni MOP.



Yang tengah tu mengancam siot. Dah lar perut buncit. LOL





Aku harap kaum lelaki mulai faham kenapa gadis Malaysia suka lelaki Korea.






Korang tak cute OK! Geli lar! Kalau aku jadi photographer memang aku hempok kepala budak ni.



Kepada kumpulan Max 247 aku bukan nak kutuk korang tapi kalau dah lelaki tu buat lar cara lelaki. Ni dah macam nyah dah aku tengok. Tak payah nak berlagak kiut miut sangat lar. Perempuan tengok tak tergoda OK. Kitaorang geli adalah. Hais! Kalau betul pun korang minat sangat dengan K-Pop, jangan lah sampai nak perbodohkan diri sendiri. Berbangga lah dengan identiti kita sendiri. Malaysia kan ada kumpulan indie yang boleh kita ikut dan boleh kita bangga. Kalau pun korang nak buat kelainan, ini bukan kelainan yang rakyat Malaysia nak. Mungkin korang boleh ikut mereka tapi jangan tiru 100%. Be truly Malaysian!




Ini baru K-Pop :)

Monday 4 July 2011

Dejavu

Posted by Afni Amzah at Monday, July 04, 2011 0 comments

Hai semua..

Dua hari lepas rumah aku ada buat majlis makan-makan sempena adik aku dapat melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Zainal Abidin. Masa sibuk dengan majlis tu, aku rasa semua ini dah pernah terjadi dalam mimpi aku. Suasana, orang yang datang dan yang penting everthing look like exactly dalam mimpi aku dan ini bukan kali pertama aku rasa semua ini. Before ni aku pergi sunway lagoon dengan kawan aku and my hubby. Time kitaorang sedang beratur dan main gelongsor air tu, aku rasa aku pernah alami semua ini dalam mimpi. Orang sekeliling pun macam aku pernah jumpa. Then aku tanya bf aku lelaki depan aku ni kawan dia ke? Sebab aku betul-betul pernah nampak dia sebelum ini. Bf aku cakap dia tak kenal. Bila aku fikir-fikir baru aku teringat orang tu pernah masuk dalam mimpi aku! Aku bagitahu akak aku semua ni macam mimpi then dia cakap ini adalah DEJAVU. Aku pernah dengar dalam lagu tapi aku tak tahu pulak maksud sebenar dejavu ni. So aku try google.

Dejavu berasal dari perkataan perancis yang bermaksud "telah melihat". Nama dejavu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuan Perancis Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini pada tahun 1876. Menurut Emile semua manusia sekurang-kurangnya pernah mengalami dejavu sekali dalam hidup meraka.

Dejavu adalah sebuah perasaan aneh yang mengatakan bahawa peristiwa baru yang sedang kita rasakan sebenarnya pernah kita alami sebelumnya. Peristiwa ini seperti sebuah tempah baru yang sedang dikunjungi, percakapan yang sedang dilakukan atau acara TV yang sedang ditonton. Lebih aneh nya lagi, kita benar-benar tidak dapat mengingati bila dan bagaimana pengalaman sebelumnya itu terjadi secara terperinci. Yang kita tahu adalah sessuatu keadaan itu sudah pernah kita alami atau semua ini pernah terjadi di dalam mimpi.

Korang mesti pernah alami dejavu jugak kan? Cerita lar kat aku. Kadang-kadang aku terfikir dejavu ni macam kita boleh tengok masa depan kan? Time tidur mungkin roh kita berjalan pergi tengok masa depan kot. Tapi nasib baik dia balik kan? Kalau buat nya roh kita sesat tak ke naya? Hahaha.




Saturday 2 July 2011

Boy, Please take note!

Posted by Afni Amzah at Saturday, July 02, 2011 0 comments

  1. Lending us books one of the most romantic things you can do.
  2. Sometimes we don't need you to solve the problem, we just want you to listen.
  3. When we are in a large crowd, hold our hand as if you don't want to lose us.
  4. If you don't want to tell us something, You probably should. We might find our from someone else, and that won't be good.
  5. It's always a good sign when you can laughed at yourself. It's a graceful motion of not letting pride get to your head.
  6. We love to smell of your deodorant so much.
  7. We love it when you take us out for dinner. We will love it even more if we don't have to watch you scrutinize our bill for a half hour.
  8. We like it when you can hold a conversation with us that has nothing to do with sex.
  9. we need to know that we can count on you.
  10. Tell us you love us. We can't read your mind and your body language.
  11. If you plan a date a week in advance, we will spend a next seven days in planning our outfit. Starting from the second you hang up the phone.
  12. We say we love scarier movies so we can cuddle up to you.
  13. When we ask you how we look, you lose point every time you answer with "fine"
  14. Singing to us can be totally cute. But only if you can actually sing.
  15. We love hearing about your family. Even when it is boring, it is good to know you think about them.
  16. We love to hear about we are beautiful. Breaking it down into specific even better.
  17. We don't expect you to read our mind. We expect you to ask.
  18. At the end of a first date, call us a next day if you liked us. You can wait three days if you want, but it only piss us off.
  19. Birthday, Valentine day and Anniversary are important to us.
  20. We don't actually wear matching bras and panties all the time. Shocking, we know.
  21. This is how we see. Don't call, don't care.
  22. We are allowed to be late and you are not.
  23. We love surprised.
  24. When the girls get together, we talks about everything. Meaning my best friends know everything about you.
  25. We are drama queens. Never forget that.
  26. When we said we are fine. We really not.
  27. We love to wear your shirt.
  28. We like you to be a little jealous.
  29. We will never have enough clothes or shoes.
  30. Don't let ex-girlfriend cause drama, relationship are stressful enough.

Ouch! Romantik

Posted by Afni Amzah at Saturday, July 02, 2011 0 comments

Hai semua..

Hari ini aku nak cakap pasal romantik. Mungkin definasi romantik bagi setiap orang adalah berbeza. Ramai yang cakap kalau nak romantik kena melabur duit yang banyak. Bagi aku benda yang kecil pun boleh jadi romantik. Benda yang tak memerlukan duit pun boleh dianggap romantik. Bagi aku lar. Tak tahu lah korang setuju ke tak. Jom tengok senarai yang korang boleh cakap biasa-biasa saje dan tak memerlukan duit yang banyak tapi boleh dianggap romantik.

  1. Burn CD with a love song. Sekarang banyak love song yang sangat menarik. Apa kata korang burn a CD then kasi kat gf/bf korang. CD kosong berapa ringgit sangat.
  2. Cook a romantic dinner. OMG sangat romantik. Ok korang mesti nak cakap korang tak reti masak kan? Masak yang simple sudah lar. Tak payah lar spagetti bagai. Aku pun tak reti. Kalo bf aku masak telur dengan kicap pun aku takde hal.
  3. Tulis puisi. Kalau korang tak reti nak menulis korang cilok kat google sudah. Apa susah. gf/bf korang bukan tahu pun.
  4. Make a list of everything you love about her/him.
  5. Jalan tepi pantai sambil pegang tangan. Owh asyik!
  6. Leave a love notes everywhere. Mungkin korang boleh letak dlm dashboard kereta dia or dalam buku yang selalu gf/bf korang baca.
  7. Picnic. Pergi lah berkelah dekat mana-mana pun. Pantai, tasik or taman bunga pun asalkan nampak macam picnic.
  8. Send a love message everyday. Mengadap facebook 24/7 boleh. Melayan Twitter berjam-jam pun boleh. Tak kan nk send love message yang korang copy paste pun tak leh kot. Bukan kena pergi post office pun.
  9. Pergi tengok bulan. Lagi romantik kalau tepi pantai. Romantik nya!
  10. Pergi ke tempat-tempat yang kamu berdua selalu lepak dulu-dulu. Mengimbau kenangan waktu tengah hot bercinta. Jadi bertambah sayang woo!
  11. Say I Love You every morning bila kamu bangun tidur and every night before you sleep.
  12. Play guitar and sing a love song to her/him.
  13. Try dengar lagu-lagu yang dia suka dan belajar untuk menyukainya.
  14. Make a scrapbook with photo, memo and little notes.
  15. Hold her/his hand, stare into her/his eyes, kiss her/his hand and then put it over your heart.
  16. Write a love letter. Sekarang orang dah tak guna surat. Tapi kalau dapat surat cinta dari gf/bf mesti sangat romantik kan?
  17. Set kan love notes dalam remainder handphone dia. Jangan lupa set kan alarm.
  18. Buat sesuatu yang kamu suka bersama pasangan. Hobi kamu misal nya. Tengok bola, jungle tracking or bowling.
  19. Tengok hujan, pegang tangan sambil borak-borak. Owh.. aku sangat suka bau hujan.
  20. Pergi tengok sunset or sunrise sama-sama. Percayalah. Mesti sangat romantik.


Friday 1 July 2011

Bila Saya Fikir Tentang Awak

Posted by Afni Amzah at Friday, July 01, 2011 0 comments

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa saya kembali ke zaman kanak-kanak
Buat saya teringat kain biru dan zaman kanak-kanak
waktu membesar dan semua orang pun gatal-gatal

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa seperti hujan rintik-rintik jatuh pada wajah saya
Seperti air mata yang tak terseka
Saat awak tiada, saya juga tiada
Tak tahu kita dimana
Tapi yang pasti awak tak pernah hilang dihati saya

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa besarnya limpahan rahmat dari Dia
Buat saya percaya takdir itu tetap disitu
Takkan kemana
Mengajar saya erti redha dan menerima
Hidup ini memang susah untuk dijangka
Perlu sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan yang ada

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa mahu bermain dengan masa
Undur dan kadang-kadang berhenti
Supaya saya boleh ulang berkali-kali

Tapi..
Kadang-kadang...
Bila saya fikir tentang awak
Saya takut untuk berangan jauh lagi
Bimbang si dia seperti awak
Hanya ada sekejap untuk saya
Bukan untuk selamanya
Tapi saya percaya bila si dia kata
"Saya akan cuba yang terbaik untuk kita"
Jadi saya tutup mata dan berdoa
"Tuhan, kurniakan lah awak bahagia dan kurniakan lah dia untuk saya"

Thursday 30 June 2011

Letter for my Hubby

Posted by Afni Amzah at Thursday, June 30, 2011 0 comments





Hubby saya! :)









Dear Hubby,

I know we had our roller coaster times together. Everyone does. I know i have been constantly giving you headaches for being such a not-so-good girlfriend. This is my insecurities speaking, but nevertheless you stick with me though ups and downs.

Sometimes I don't get you, sometimes you don't get me too. I am different and so do you. I wonder how we can even mix? Well that's life. Many complaints had been made from me because i don't see the world as you do. But you always complete my imperfections by giving me your patience and your views so that i can see the world just like you do.

I trust you like you trust me and lets just go with the flow, we will see how far we will go. But i can't lie, this girl been dreaming of marrying you. :)


Lots of Love

Afni Amzah



20 things about me

Posted by Afni Amzah at Thursday, June 30, 2011 0 comments
Love me or hate me, it's up to you. Commenting that I am ugly does not make you pretty. Commenting that I am pretty does not means you are ugly. I am good girl and friendly. But don't mess up with me or I can make your life miserable.

  1. My memory is terrible. It's hard for me to remember your name either your face if only once we meet. It's not that i'm arrogant or you are not important. I just can't remember.
  2. Please don't ask me to do something because you don't want to learn.
  3. I don't care of what others people think.
  4. I can't stand si mulut kepoh. Mind your own business.
  5. I love food.
  6. I love travel.
  7. I love attention especially from my love one.
  8. Please don't make me repeat my word. OMG it's so annoying.
  9. Internet is my soul mate.
  10. Addicted to K-Pop group SS501. I watch all their MV, drama and reality show. I just love them!
  11. I am a heavy sleeper.
  12. Low self esteem
  13. Dumb and dirty jokes sometimes entertain me.
  14. I hate games.
  15. I am a shopholic.
  16. I never smoking, drink alcohol or do any drug. It is my decision. Make your own.
  17. I am messy person.
  18. I really really love my friends. Dayah, Yuyu, Lala, Nurul, Ecah & Reny. Try to mess up with them and i will kill you. :)
  19. I love camera.
  20. Please don't underestimate my intelligent.
 

Looking For The Sunshine Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei