Wednesday 27 July 2011

Adakah korang berpotensi menjadi Pembunuh Bersiri?

Posted by Afni Amzah at Wednesday, July 27, 2011

Assalamualaikum psycho girl.

Dah penat duk golek-golek atas katil dan mata aku masih degil tak mahu nak lelap. Aku terus capai lappy dan start merayau dalam laman siber ni. Firstly aku start buka youtube tengok MV terbaru kekasih hati, Kim Hyun Joong, Break Down. Owh.. Dah makin handsome rupanya dia (takde pulak nak comment lagu dia kan?). Haha! Disebabkan internet rumah aku ni dah macam siput, MV kekasih hati asyik loading je, so aku ambil keputusan untuk merayau kat google pulak. Aku terjumpa tentang manusia yang mengalami psychopath.

Psychopath adalah sejenis mental problem yang amat susah dikesan kerana mereka bagaikan syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka bermuka baik dan mereka biasanya memiliki otak yang sangat bijak. Most of the psychopath ini mempunyai masalah diri samaada masalah keluarga atau mengalami tekanan hidup sejak kecil. Biasanya mereka yang mengalami masalah mental ini, dari kecil lagi suka dan merasa seronok menyeksa binatang. Lama kelamaan mereka beralih kepada benda yang lebih mencabar iaitu menyeksa dan membunuh manusia.

Cuba korang lihat sekeliling korang, korang ada tak kawan yang muka innocent gila, pendiam dan tak kisah langsung kalau ada orang nak kata tentang dia. Kalau ada, lebih baik korang berhati-hati kerana dia mungkin serial killer!

Ini adalah ciri-ciri mereka yang mengidap psychopath yang berpotensi untuk menjadi pembunuh bersiri:
  1. Hidup ceria tetapi anti sosial
  2. Suka menipu dan memanipulasi
  3. Mempunyai otak yang amat bijak
  4. Tiada ada perasaan bersalah
  5. Tiada ada perasaan kasihan
  6. Merasa puas selepas membunuh dan menyeksa binatang
  7. Sukakan kuasa (Ala-ala gila kuasa)
  8. Sanggup buat apa saja termasuk membunuh untuk dapat apa yang dihajati
Aku juga ada terjumpa empat soalan ini untuk menentukan adakah korang berpotensi menjadi pembunuh bersiri. Kalau korang jawab semua soalan ini dengan betul, korang mungkin serial killer yang dikehendaki polis! Jawapan untuk semua soalan ini aku letak kat bawah sekali. OK, Lets begin!

Soalan 1

Seorang perempuan sedang menghadiri majlis pengkebumian kakak sulungnya. Dimajlis itu, hanya ada saudara mara terdekat yang hadir. Dan ketika itu, that girl ternampak seorang lelaki. Lelaki itu dah lar hensem, kaya pulak tu. So, that girl jatuh cinta kat lelaki tu tangkap leleh punya cinta. Tetapi that girl agak pemalu, so, dia tak mampu untuk bercakap, bertanyakan nama dan meminta nombor kat lelaki tu. Kemudian, keesokannya, that girl membunuh adik perempuannya. Kenapa dia membunuh adik perempuannya?

Soalan 2
Anda sedang berdiri di balkoni luar apartment anda. Anda pandang ke bawah, anda ternampak seorang lelaki senang membunuh dan mengerat-ngerat badan seorang perempuan. Then lelaki yang membunuh itu pandang keatas dan ternampak anda. Dia perasan yang anda adalah saksi pembunuhan tersebut. Then lelaki itu membuat gerakan/isyarat tangan. Apakah pergerakan tangan yang dia buat?

Soalan 3

Anda diberi satu pisau tajam. Anda perlu membunuh seorang lelaki ini. Lelaki ni berada di dalam tandas yang tertutup dan jauh dari penempatan orang lain. What would you do?

Soalan 4

Korang terjumpa seekor anak kucing yang baru lahir. Comel gila anak kucing ni. Disebabkan korang rasa ianya terlampau comel, korang rasa geram sangat-sangat. So, korang membunuh kucing tu. Bagai mana cara korang bunuh kucing tu?



***************************************************************************************************************************************
Jawapan 1

Dia membunuh adiknya kerana sebelum ini dia ternampak lelaki hensem tu di perkebumian kakaknya dan yang hadir adalah saudara mara yang terdekat. So, dia bunuh adiknya adalah semata-mata berharap lelaki hensem tu akan datang di perkebumian adiknya pula.

Jawapan 2

Lelaki itu sedang memandang anda sambil tangannya mengira tingkat rumah anda.

Jawapan 3

Tunggu orang itu diluar, dan kemudian tikam dari depan.

Jawapan 4

Membunuh dengan cara paling susah dan paling lama untuk dia mati.



Amacam? Betul tak jawapan korang? Kalau semua betul sila-sila lar jauhkan diri dari aku yer. Ishh...Ngeri lar korang ni!





0 comments:

Post a Comment

 

Looking For The Sunshine Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei