Monday 4 July 2011

Dejavu

Posted by Afni Amzah at Monday, July 04, 2011

Hai semua..

Dua hari lepas rumah aku ada buat majlis makan-makan sempena adik aku dapat melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Zainal Abidin. Masa sibuk dengan majlis tu, aku rasa semua ini dah pernah terjadi dalam mimpi aku. Suasana, orang yang datang dan yang penting everthing look like exactly dalam mimpi aku dan ini bukan kali pertama aku rasa semua ini. Before ni aku pergi sunway lagoon dengan kawan aku and my hubby. Time kitaorang sedang beratur dan main gelongsor air tu, aku rasa aku pernah alami semua ini dalam mimpi. Orang sekeliling pun macam aku pernah jumpa. Then aku tanya bf aku lelaki depan aku ni kawan dia ke? Sebab aku betul-betul pernah nampak dia sebelum ini. Bf aku cakap dia tak kenal. Bila aku fikir-fikir baru aku teringat orang tu pernah masuk dalam mimpi aku! Aku bagitahu akak aku semua ni macam mimpi then dia cakap ini adalah DEJAVU. Aku pernah dengar dalam lagu tapi aku tak tahu pulak maksud sebenar dejavu ni. So aku try google.

Dejavu berasal dari perkataan perancis yang bermaksud "telah melihat". Nama dejavu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuan Perancis Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini pada tahun 1876. Menurut Emile semua manusia sekurang-kurangnya pernah mengalami dejavu sekali dalam hidup meraka.

Dejavu adalah sebuah perasaan aneh yang mengatakan bahawa peristiwa baru yang sedang kita rasakan sebenarnya pernah kita alami sebelumnya. Peristiwa ini seperti sebuah tempah baru yang sedang dikunjungi, percakapan yang sedang dilakukan atau acara TV yang sedang ditonton. Lebih aneh nya lagi, kita benar-benar tidak dapat mengingati bila dan bagaimana pengalaman sebelumnya itu terjadi secara terperinci. Yang kita tahu adalah sessuatu keadaan itu sudah pernah kita alami atau semua ini pernah terjadi di dalam mimpi.

Korang mesti pernah alami dejavu jugak kan? Cerita lar kat aku. Kadang-kadang aku terfikir dejavu ni macam kita boleh tengok masa depan kan? Time tidur mungkin roh kita berjalan pergi tengok masa depan kot. Tapi nasib baik dia balik kan? Kalau buat nya roh kita sesat tak ke naya? Hahaha.




0 comments:

Post a Comment

 

Looking For The Sunshine Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei