Thursday 14 July 2011

Bersih adalah Jihad

Posted by Afni Amzah at Thursday, July 14, 2011

Hello pembersih semua..

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa perhimpunan bersih dah berlangsung dengan jaya dan amannya. Dalam entry ini aku bukan nak bercerita tentang politik Malaysia. Aku juga bukan nak cakap bagi pihak merah atau kuning. Aku cuma terfikir apa objektif sebenar perhimpunan bersih ni? Betul ke untuk mencari keadilan dalam pilihanraya akan datang? Dan apa sebab nya pula patriot (Red) buat perarakan?

Betul ke pergi ke perhimpunan bersih macam kita pergi berjihad. Ada yang cakap rakyat Malaysia yang sertai perhimpunan bersih umpama jihad Fisabilillah. Really? Siapa korang nak keluarkan fatwa macam ni. Yes, entry ni aku nak komen pasal Perhimpuan Bersih umpama JIHAD.

Aku ada terbaca, bersih (Kuning) ni bukan berunsurkan politik. Begitu juga dengan patriot (Red). Ianya hanya perhimpunan umum biasa. WTH! Korang ingat aku percaya. Don't say ini semua untuk rakyat lar. Everyone know, you all bercerita pasal politik all the time. They say something like "Celaka BN", "Celaka PAS", "Celaka PKR". Dan ini yang kamu cakap bukan berunsurkan politik? WTF. Ini adalah yang dipanggil jihad?

Kalau lah korang perasan, majoriti yang pergi ke perhimpunan bersih ini adalah orang melayu yang beragama islam. Melayu VS Melayu, Islam VS Islam adalah JIHAD. Betul ke macam ni? Kenapa kita perlu bermusuh sesama kita atas nama jihad? Aku rasa ini sangat lar bodoh.

Betul ke korang fikir perhimpunan ini adalah untuk jihad? Seriously korang rasa perhimpuan ini adalah untuk menegakkan Islam? Kalau betul lar perhimpunan ini untuk menegakkan Islam dan kalau betul lar geng-geng PKR nak wujudkan negara Islam yang sebenar dah lama dah PKR dan PAS bergabung. Dah ramai geng-geng PKR yang masuk Islam sebab tertarik dengan keindahan Islam. But no, they don't! No way diaorang akan wujudkan negara Islam kalau diaorang sesama Islam tak boleh nak bersatu. Kenapa untuk perhimpuan ni PKR dan PAS boleh sama-sama bergabung dan bukan pergabungan parti? PKR dan PAS, please berdiri diatas kaki sendiri dan bukan bergantung pada non muslim. Dan tahukah kamu siapa non muslim yang aku maksudkan?? Yes! Ambiga. Korang tahu siapa Ambiga? Aku rasa maybe semua orang dah lupa siapa dia. Meh sini aku ingatkan balik.

Alkisahnya, ada seorang perempuan islam yang mahu keluar dari islam. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran hal ini, kecoh lar seluruh Malaysia dengan suara ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan jemaah islam yang lain. Pada masa itu, ada seorang peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan islam pada Mykadnya. Oleh kerana itu, terdapat suara-suara mujahidin dalam ahli PAS, UMNO dan jemaah islam yang lain melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu. Korang kenal siapa lawyer yang lantang bersuara itu? Dia adalah Ambiga Sreenevasa. Ketua gabugan pilihanraya Adil dan Bersih. (Bersih 2.0). Dan pada hari ini, dalam TV kelihatan Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, A.Samad Said dan beribu-ribu pemuda PAS dan PKR yang berjalan di belakang bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang diketuai oleh Ambiga ini. Jadi ini ke ketua bagi jihad orang Islam? WTF!

Red or Yellow, i don't care. As long as aku boleh hidup dengan aman. Jangan gunakan perkataaan jihad kalau itu hanya untuk parti dan menentang sesama sendiri. It's annoying. Yes, kita punya hak untuk bersuara. Menulis dan menghantar memorandum, ya itu hak bersuara. Tapi berhimpun? I don't think so.

Aku memang tak support langsung perhimpunan macam ni. Bagi aku mereka hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik semata-mata. Perhimpunan ni hanya buang masa. Berlangsung atau tidak berhimpunan ni, memorandom dah pun dihantar dan TV3 tetap tidak akan siarkan berita yang telus. Tiada apa yang berubah and people, please be thankful for what you have and stop being demanding this, demanding that. Stop being bullshit, stop being toyed, stop being played and stop being manipulated. Start use your brain guys!







2 comments:

mr.nice.guy on 16 July 2011 at 13:55 said...

ntah lar nak ckp camane.. mmg senario politik malaysia skang sgt serabut.. yg penting, tepuk dada tanya iman.. apa tujuan sebenar kita diutuskan ke muka bumi Allah ni??????

Afni Amzah on 17 July 2011 at 02:21 said...

betul tu. tak salah kita nk cari keadilan. kita mmg punya hak untuk bersuara. tp jgn main ikut je tanpa berfikir dan jangan gunakan agama utk kepentingan sendiri.

Post a Comment

 

Looking For The Sunshine Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei