Thursday 11 August 2011

Perempuan cakap tak serupa bikin

Posted by Afni Amzah at Thursday, August 11, 2011 0 comments

Hai girlfriends and boyfriends..

Selalunya kita akan dengar lelaki cakap tak serupa bikin. Tapi melalui pengalaman aku selama 24 tahun jadi perempuan, aku rasa perempuan juga cakap tak serupa bikin in certain condition. Aku bukan nak troll girl tapi aku rasa ini adalah kenyataan. Aku rasa pun selalu buat kot. Hahaha


1. I dah bosan lah dengan perangai u yang macam %&%#^#!@ tu. Kita putus!!

Biasanya lelaki akan fikir awek dia betul-betul nak putus. Tapi sebenarnya bukan. Kitaorang saje je kasi gempak. Biasanya kaum perempuan ni tuturkan kata-kata putus time hati tengah panas and time jiwa kacau je. Korang jangan terkejut kalau esok, awek korang call or sms seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Haha. Time dia buat baik korang jangan gatal mulut pergi ungkit pulak bab-bab putus. Mahu jadi perang dunia ke-3 pulak.

2. I nak window shopping je. I taknak beli pape dah.

Wahai kaum lelaki sekalian. Sila lah korang jangan percaya dengan janji-janji manis awek korang. Otak perempuan akan jadi ligat dan cergas kalau ada di mall. Lebih-lebih lagi kalau time sales. Tak kira lah semalam dia dah beli baju seguni pun. Macam mana korang halang pun pasti tak akan berhasil. Sooner or later mereka akan dapatkan jugak apa yang diaorang dah aim.

3. I nak out dah. Good Night.

5 minit berlalu korang mesti tengok awek korang masih ada dalam chat room facebook korang. Bukan idle yer.. Tapi masih hijau. Sebenarnya diaorang tengah tunggu korang wish good night. Yer lah, karang tak boleh tidur pulak tak dengar good night wish dari korang.

4. I tengah diet ni. Taknak makan nasi seminggu. Nak makan sayur je.

Hahaha. Yang ni memang lawak. Esoknya korang akan tengok awek korang melantak nasi penuh pinggan dengan lauk ayam masak pedas tambah telur mata siap, tambah teh o ais gelas besar lagi. Katanya nak diet kan? Makan sayur je kan?? Hahaha

5. Tak payah jumpa lah esok. I bz! (Time gaduh)

Keesokkan harinya, " U dah janji nak keluar dengan i kan. Yang u lepak dengan kawan-kawan u tu kenapa? Janji macam tahik! " Kan aku dah cakap otak perempuan tak boleh nak berfikir time tengah marah. Haha.. Ini lah yang aku selalu buat kat Mr BF.


See! Perempuan memang cakap tak serupa bikin kan?

Wednesday 10 August 2011

Barangan Couple

Posted by Afni Amzah at Wednesday, August 10, 2011 0 comments
Hello rakan-rakan artis sekalian..

Sebelum tu aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Aku bet lah korang mesti lemau je kan. Macam biskut kering lupa letak dalam tin.. Hehe

OK. Entry kali ini aku kat cerita pasal euw euw. Pasal barangan couple. Kedengaran macam mengelikan kan? But, it's so sweet! Jangan kata korang tak jiwang. Meh sini aku kasi penampar sulung. Kata berkasih sayang, mesti lar ada euw euw skit. Kalau jijik nak jiwang baik tak payah couple. Tu, pergi couple ngan beruk. Gasak kau.


Sweet kan couple shirt! :)


1. T-shirt couple or baju sama

Cuba korang bayangkan korang pergi mall and pakai T-shirt couple. Perghh! Mesti ramai mata yang melilau tengok korang kan. Yes, aku tak nafikan akan ramai yang kata " Cis, ko ingat ko sorang bercinta?" Eleh, korang jangan ambil hati. Itu ayat orang jeles tu. Tapi korang kena ingat, ramai juga yang berkata " Wow, sweetnya diaorang pakai couple shirt.." Fewiitt! Pergi la grab couple shirt cepat-cepat. Kalau bajet kurang beli je shirt Welcome to Terengganu. Hehe..Kalau korang banyak duit takde hal punyer! Mana-mana pun boleh dapat.

2. Jam Tangan

Kalau ada duit lebih apa kata korang beli sepasang jam tangan yang sama. Tak silap aku, Swatch selalu menampilkan jam tangan yang sweet-sweet. Sesuai lar dengan korang yang euw euw. Kalau korang bukan jenis yang gedik melampau, korang cari yang Fossil pun cun jugak. Bila korang pakai jam tangan yang sama, setiap kali melihat jam diwaktu keseorangan. Mesti korang akan teringatkan si dia. Apa lagi, gatal je tangan ambik hp and sms si dia.

3. Sneakers

OK yang ni memang agak jarang kita jumpa. Kalau ada mesti diaorang ni loving habis! Maklumlah, kasut ni melambangkan identiti masing-masing. Dan jarang sangat-sangat kita tengok perempuan pakai sneakers lelaki. Betul tak? Lelaki lagi lah tak teringin nak pakai sneakers perempuan. Kalau korang berminat, apa kata korang pergi butik converse or Everlast. Yes, kat sana banyak sneakers untuk unisex. Korang try lar cari jenis yang sama. Bayangkan bila korang pakai kasut yang sama sambil berjalan seiringan. Wah! Seiring dan sejalan gitu.

4. Keychain or anything souvenir yang boleh digantung pada beg dan hp

Korang mesti pernah jumpe keychain yang berbentuk hati and boleh dipecah dua tu kan. Jangan nak menipu kalau cakap tak pernah jumpa. Kat uptown belambak kot. Kalau nak nampak comel, korang beli kartun yang cute. Angry bird keychain pun cute jugak. Pastu gantung kat kunci kereta. Aku rasa yang ni paling ramai orang buat kot.

Apa lagi, pergi lah cari sekarang. Sekali-sekali beli hadiah yang sweet untuk gf and bf apa salahnya. Ini tidak, kedekut tahik hidung masin sebab tu lah korang tak bahagia. :)




 

Looking For The Sunshine Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei