Thursday 11 August 2011

Perempuan cakap tak serupa bikin

Posted by Afni Amzah at Thursday, August 11, 2011

Hai girlfriends and boyfriends..

Selalunya kita akan dengar lelaki cakap tak serupa bikin. Tapi melalui pengalaman aku selama 24 tahun jadi perempuan, aku rasa perempuan juga cakap tak serupa bikin in certain condition. Aku bukan nak troll girl tapi aku rasa ini adalah kenyataan. Aku rasa pun selalu buat kot. Hahaha


1. I dah bosan lah dengan perangai u yang macam %&%#^#!@ tu. Kita putus!!

Biasanya lelaki akan fikir awek dia betul-betul nak putus. Tapi sebenarnya bukan. Kitaorang saje je kasi gempak. Biasanya kaum perempuan ni tuturkan kata-kata putus time hati tengah panas and time jiwa kacau je. Korang jangan terkejut kalau esok, awek korang call or sms seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Haha. Time dia buat baik korang jangan gatal mulut pergi ungkit pulak bab-bab putus. Mahu jadi perang dunia ke-3 pulak.

2. I nak window shopping je. I taknak beli pape dah.

Wahai kaum lelaki sekalian. Sila lah korang jangan percaya dengan janji-janji manis awek korang. Otak perempuan akan jadi ligat dan cergas kalau ada di mall. Lebih-lebih lagi kalau time sales. Tak kira lah semalam dia dah beli baju seguni pun. Macam mana korang halang pun pasti tak akan berhasil. Sooner or later mereka akan dapatkan jugak apa yang diaorang dah aim.

3. I nak out dah. Good Night.

5 minit berlalu korang mesti tengok awek korang masih ada dalam chat room facebook korang. Bukan idle yer.. Tapi masih hijau. Sebenarnya diaorang tengah tunggu korang wish good night. Yer lah, karang tak boleh tidur pulak tak dengar good night wish dari korang.

4. I tengah diet ni. Taknak makan nasi seminggu. Nak makan sayur je.

Hahaha. Yang ni memang lawak. Esoknya korang akan tengok awek korang melantak nasi penuh pinggan dengan lauk ayam masak pedas tambah telur mata siap, tambah teh o ais gelas besar lagi. Katanya nak diet kan? Makan sayur je kan?? Hahaha

5. Tak payah jumpa lah esok. I bz! (Time gaduh)

Keesokkan harinya, " U dah janji nak keluar dengan i kan. Yang u lepak dengan kawan-kawan u tu kenapa? Janji macam tahik! " Kan aku dah cakap otak perempuan tak boleh nak berfikir time tengah marah. Haha.. Ini lah yang aku selalu buat kat Mr BF.


See! Perempuan memang cakap tak serupa bikin kan?

0 comments:

Post a Comment

 

Looking For The Sunshine Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei